Sunday, February 26, 2012

Pandaikah kalau ada Ph.D?

Tak tahu kenapa saya boleh utarakan topik macam ni. Yang pasti dalam dua tiga minggu ni, minda saya asyik berputar-putar bila fikir Ph.D, publication, Ph.D lagi dan lagi dan lagi. Merewang-rewang kat fikiran. Sekarang, kalau tanya apa yang saya risaukan? Publication. Wajib publish. Kalau tak perish. Either you publish or perish, patent or perish.

Ph.D. It is not just a degree. It is a JOURNEY. Memang sangat journey. Menimbulkan perasaan yang entah apa-apa. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang resah, meracau tak tentu pasal dengan diri sendiri dan orang sekitar, kadang-kadang risau fikir masa depan. Kadang-kadang rasa ruang lingkup kehidupan saya hanyalah PhD. Ph.D ibarat nakhoda yang mengemudi kehidupan saya. Sampai macam tu sekali kan saya fikir!   

MUHASABAH diri. Itu paling penting. Fikir yang baik-baik saja. Kalau saya sangat stress memikirkan perjalanan Ph.D yang seolah-olah tiada penghujung, kuncinya YAKIN. YAKIN dengan Allah. Setiap yang mula pasti akan berakhir. Setiap apa yang kita kerjakan dengan niat kebaikan, pasti akan mendapat ganjaran berlipat-ganda di sisi Allah. Ph.D adalah proses pembelajaran. Bukan sekadar belajar secara akademik,  tetapi belajar mengenali kehidupan. Belajar mengenali Allah dengan lebih dekat. Belajar mencintai ilmu. Mencintai dan menghargai orang sekeliling. Belajar untuk bersabar, berusaha dan bertawakkal. Belajar untuk menjadi lebih matang dalam setiap perkara. Mari jadikan Ph.D sebagai ruang untuk memperbaiki diri dan memberi tanpa had. 

Jadi, kalau ditanya saya pandaikah kalau ada Ph.D? Daripada perspektif kehidupan saya, YA. Pandai bukan kerana ada ijazah Ph.D itu sendiri, tetapi pandai mengambil sisi positif Ph.D untuk menjadikan kehidupan ini lebih dirahmati Allah. InsyaAllah :)

4 comments:

Anonymous said...

I'm agree! PhD is totally a journey. A journey that will make you realize other great things, a journey that will make you survive and a journey that creates you to be a better person and closer to Allah.

PhD is almost killing us. But, what doesn't kill you make you stronger. Right?

I miss you and I wish you all the best. Take care of yourself and be strong. <3 <3 <3

Dzarifah Zulperi said...

Thank you. And may we stay strong!

It is a MUST to know this anonymous person so that I could miss you too!

Thanks again for all the great words! :)

Anonymous said...

It's me! :)
-cikli-

Dzarifah Zulperi said...

I LOVE YOU SO MUCH!!!!! :)